Trip ke Korea
![]() |
(Pulau Nami - awal musim sejuk) |
PENDAHULUAN
Ini adalah entri ringkas tentang trip melancong ke Korea Selatan pada awal Disember 2016. Korea semakin menjadi hot favorite dalam kalangan pelancong khususnya Malaysia. Korea menawarkan kepelbagaian pakej kepada pengunjung daripada hiburan, bandaraya ultra, teknologi, budaya, fesyen dan keindahan alam semulajadinya.
Bagi yang telah berkunjung ke Korea pastinya mereka lebih tahu. Kunjungan pertama mencetuskan semangat untuk datang kali kedua dan seterusnya. Impian berkunjung ke negara 'Running Man' lebih mudah dengan penerbangan tambang murah Airasia. Terima kasih kepada Airasia tanpa mu mungkin sukar bagi kami yang berpendapatan kecil menjejak kaki di negara orang. Pastinya bagi "kaki jalan" sentiasa menanti promosi sepanjang tahun Airasia. Saya pun sentiasa mengharapkan ada peluang Free Seats untuk ke destinasi seterusnya.
![]() |
(pemandangan di sebuah taman Istana lama dahulu - terletak di pusat bandar) |
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM KE KOREA
Bagi yang pertama kali ke Korea perlu ada self-study cari maklumat dalam laman web ataupun blog-blog. Paling tidak pun tanya kengkawan yang dah pergi. Maklumat ini sangat penting bagi yang ingin pergi sebagai backpacker. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
1. Pemilihan Musim
![]() |
(salji di Nami Island) |
- Korea mempunyai 4 musim. Pilihlah musim yang berkenan di hati. Walau bagaimanapun bagi orang yang bekerja pilihan adalah terhad. Lawatan selalunya bergantung pada cuti kerja atau cuti umum. Apapun musim yang dikatakan menarik di Korea adalah musim bunga dan luruh. Ketika itu alam semulajadi berubah warna dan sangat menarik. Bagi saya, musim sejuk antara pilihan hati. Yalah ....... bunga boleh tengok di Malaysia pun. Kadang2 ada juga jenis pokok kat sini yang menggugurkan daun tapi musim sejuk tak pernah ada di Malaysia. Inilah peluang nak merasakan kesejukkan dan tengok salji. Untuk mengetahui lebih lanjut bulan bagi musim tertentu, rajin-rajinlah google.
(musim bunga di Pulau Nami)
- Kena rajin tengok promosi dalam internet. Airasia selalu menawarkan promosi mampu beli, jadi yang paling awal boleh dapat tambang yang lebih murah, Jika dapat Free Seats lagi best. Ini bukanlah nak promo Airasia tp terus terang cakap klu tiada promosi ....susahlah bagi kita yang golongan bawahan ini melancong. Tak dinafikan Airasia banyak menyumbang kepada industri pelancongan luar dan dalam negara.
3. Tempat Tinggal
- Wajib cari penginapan sebelum berangkat. Google dalam internet melalui Booking.Com, Agoda.Com, Trivago.Com dsbnya. Bagi golongan spt saya, tinggal di guesthouse or hostel sangat memadai. Adalah tidak berbaloi tinggal di bilik yang mahal sebab kita hanya berada di bilik waktu malam. Siang hari selalu dipenuhi dengan itinerari yang padat. Untuk makluman hotel di Korea agak mahal. Kepada yang pertama kali berkunjung ke Korea, pastikan anda sudah ada alamat tempat tinggal atau berhadapan risiko ditahan di airport. Ini adalah prosedur keselamatan biasa bagi mempastikan pelancong yang datang tidak membawa masalah kepada negara.
- Di Seoul anda tidak mempunyai masalah pengangkutan. Beberapa jenis pilihan pengangkutan awam disediakan antaranya adalah keretapi, subway, bas dan teksi. Apa yang penting anda perlu buat homework awal mengenai destinasi dituju agar dapat menentukan jenis pengangkutan yang lebih sesuai dengan bajet. Sistem pengangkutan awam di Seoul adalah moden dan sangat efisien. Bermula saat tiba di Incheon International Airport anda sudah merasai kecanggihan subway transit percuma yang memindah penumpang dari balai ketibaan ke lobi utama airport. Subway ini sampai setiap 15 minit justeru tidak perlu risau jika anda terlepas beberapa saat. Ketepatan masa sangat-sangat dititikberatkan oleh orang Korea. Di pusat bandaraya Seoul terdapat 9 jenis rangkaian keretapi bawah tanah. Pastikan anda ambil keretapi yang betul ke destinasi. Yang penting mesti ada peta lokasi dan rajin bertanya kepada orang ramai.
![]() |
(laluan subway di Seoul - setiap warna menandakan keretapi berbeza) |
![]() |
(keadaan dalam subway) |
![]() |
(T-Money) |
- Apa itu T-Money? Ini adalah kad menggantikan tunai untuk urusan tertentu seperti di subway, teksi, bas dan beberapa kedai convenience. Fungsinya sama seperti kad Touch N Go kalau di Malaysia. Pastikan anda beli di airport Incheon sebaik tiba sebab langkah anda seterusnya banyak bergantung kepada T-Money jika anda adalah backpacker. Baki kredit boleh disemak atau top-up boleh dibuat di kiosk yang disediakan di kawasan tumpuan awam khususnya di subway. Pada hari terakhir, jika masih mempunyai banyak kredit dalam kad, anda boleh refund di kedai convenience G25 yang terdapat dengan mudah di seluruh Seoul atau refund di kiosk.
6. Pakaian
- Jika anda berkunjung pada musim sejuk khususnya ketika salji pastikan anda dapatkan baju sejuk @ winter coat yang betul. Bukan semua winter coat adalah sama. Dapatkan nasihat daripada jurujual yang berpengalaman seperti di Universal Travelers atau yang seangkatan. Mereka tahu jenis winter coat yang betul untuk suhu tertentu. Jangan risau anda hanya akan berasa sejuk di luar, dalam bangunan ada disediakan alat pemanas. Selain daripada winter coat, sila alert dengan winter gear yang lain seperti baju lengan panjang diperbuat daripada bulu, cap, sarung tangan, mask (khuatiri keadaan sangat sejuk boleh menyebabkan bibir merekah), shawl (selendang), stokin dan kasut. Kelengkapan ini ada dijual di kedai pakaian musim sejuk. Oleh kerana bajet pakaian musim sejuk agak mahal mula beli satu persatu sebaik dah set rancangan melancong. Jika ada bajet lebih, boleh beli pakaian sejuk tambahan di Korea. Dikatakan harga lagi murah berbanding di Malaysia. Selain daripada itu, sediakan juga lip balm dan ubatan-ubatan khususnya bagi mereka yang ada penyakit tertentu. Anda mungkin akan mengalami fenomena climate shock.
- Destinasi lawatan boleh google dalam internet. Jika tidak tahu ke mana hendak pergi, boleh rujuk destinasi mereka yang telah ke Korea. Lihat dalam blog-blog, biasanya mereka akan kongsikan tempat dan cara untuk pergi ke destinasi. Namun tempat yang pasti menjadi tumpuan pelancong antaranya adalah Pulau Nami, Everland Theme Park, Lotte World dan Namsam Tower. Di Everland Theme Park, satu hari tidak mencukupi untuk mencuba semua permainan yang disediakan. Namsam tower wajib pergi. Ia adalah sebuah menara komunikasi yang terletak atas bukit, dari situ pengunjung boleh melihat 360 darjah bandaraya Seoul. Lihat gambar bawah:
![]() |
(Namsam Tower - pemandangan udara bandaraya Seoul) |
![]() |
(ini sebahagian pemandangan dan fun activity di Everland Theme Park) |
8. Keselamatan
- Percaya atau tidak Seoul adalah tempat yang sangat selamat. Tak perlu risau jalan seorang baik siang atau malam walaupun di lorong-lorong gelap. Korea sebuah negara maju, jadi rakyat tidak perlu menjadi perompak jalanan. Kerajaan telah menyedia dan menjaga keperluan hidup rakyatnya. Bahkan dalam satu blog dibaca, pernah seorang pelancong Malaysia tertinggal handphone dalam bas lalu menghubungi syarikat bas berkenaan. Mereka berjanji untuk kembalikan telefon tersebut jika terjumpa dan keesokkan harinya syarikat memulangkan telefon tersebut.
- Seoul adalah kotaraya metropolitan. Jadi sudah tentu menawarkan pelbagai jenis barangan bagi kaki-kaki shopping. Korea mempunyai produk jenama sendiri yang kian mendapat tempat di hati pengguna antarabangsa. Contohnya adalah Nature Republic - produk kecantikan bagi wanita. Begitu juga pakaian-pakaian buatan Korea lebih lembut dan halus....sangat-sangat bermutu tinggi.
- Orang Korea mempunyai etika tertentu di khalayak ramai. Beberapa sikap Korea yang diperhatikan adalah seperti berikut:
- Mereka senyap dalam pengangkutan awam. Mereka lebih memfokuskan kepada hal sendiri seperti tengok telefon dan dengar muzik.
- Mereka bergerak cepat di tempat awam. Mereka seolah berlari-lari mengejar masa ke tempat dituju. Mungkin sebab masalah jam @ kesesakan agak ketara justeru untuk elak lambat mereka bergerak pantas.
- Mereka mempunyai laluan yang ditetapkan mengikut arah datang dan pergi khususnya di tangga-tangga dan pintu keretapi subway. Peraturan ini mampu melancarkan pergerakan manusia yang ramai. Mereka juga beratur ketika menunggu dan naik pengangkutan awam.
- Makan ... sangat susah melihat orang Korea makan ketika berjalan. Oleh sebab itu sangat sukar mencari tong sampah. Keadaan ini jauh berbeza di Malaysia di mana kita sering tengok orang makan sambil berjalan-jalan.
- Perokok tidak merokok sesuka hati. Mereka tidak merokok di tempat makan begitu juga dalam bangunan. Mereka hanya boleh merokok di sudut tertentu yang ditetapkan.
- Sikap bersih ..... orang Korea sangat mementingkan kebersihan. Adalah sukar kita melihat sampah dibuang merata-rata. Jika anda berkunjung ke Korea, pastikan anda tidak membuang sampah seperti di Malaysia. Ketika berjalan-jalan dan anda tidak terjumpa tong sampah, simpan sampah dan buang di rumah
- Waktu hari persekolahan .... amat sukar melihat kanak-kanak berjalan di bandar. Ini menjelaskan bahawa pada waktu itu mereka berada di sekolah.
- Honking --- membunyikan hon di Korea agak serius. Ini bukan bermakna mereka mengancam pemandu lain tetapi sekadar mengingatkan.
- Melintas jalan ..... orang Korea sangat berdisiplin. Mereka tidak melintas jalanraya walaupun kurang kereta. Mereka akan menunggu lampu hijau untuk melintas.
- Di sesetengah kedai makan khususnya kedai relax dan santai seperti Starbucks mereka tidak mempunyai staf yang ramai. Oleh itu kita ambil order di kaunter, tunggu sehingga hidangan sampai dan bawa sendiri ke meja duduk. Sesudah makan kita kena hantar sendiri ke kaunter cawan atau pinggan yang telah digunakan.
- Kebersihan tandas awam di Korea sangat hebat walaupun bangunannya lama. Keadaan dalam tandas begitu bersih dan sentiasa kering seoleh boleh duduk macam kat lantai rumah.
- Boleh dikatakan lebih 95 % orang Korea tidak pandai bercakap atau memahami bahasa Inggeris. Masalah komunikasi adalah serius jika melancong ke Korea. Jadi belajar sedikit bahasa Korea sebelum ke sana. Kebanyakan komunikasi semasa berada di sana adalah menggunakan bahasa isyarat. Walau bagaimanapun mereka peramah dan sedia membantu.
PENUTUP
Semoga maklumat serba ringkas dapat memberi info berguna kepada bakal-bakal pelancong ke Korea. Saya bercadang akan ke Korea semula suatu masa nanti. Jumpa lagi pada entri yang lain.
No comments:
Post a Comment